Gambar bayi atas siling tandas


KOTA BHARU - Bunyi tangisan bayi dalam tandas sebuah hospital di sini, terjawab selepas seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan dalam keadaan kesejukan di atas siling tandas awam di sini, semalam.

Difahamkan, bayi perempuan yang dilahirkan tidak sampai 24 jam itu masih bernyawa dan cukup sifat, ditemui tukang cuci tandas ketika melakukan kerja pembersihan di dalam tandas di hospital terbabit.

Bayi itu kini tempatkan di wad hospital untuk rawatan susulan selepas dipercayai ditinggalkan ibunya di kawasan terbabit.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Ab Rafar berkata, pihaknya menerima panggilan dari hospital memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira jam 7 pagi.

“Bayi tersebut telah ditinggalkan dalam tempoh lama tetapi berada dalam keadaan sihat. Polis telah menahan ibu bayi berkenaan yang berketurunan Melayu dan berusia dalam lingkungan belasan tahun untuk siasatan.

“Wanita terbabit kini menerima rawatan susulan di hospital berikutan keadaannya yang lemah dan kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. Sumber: Sinar Harian

0 Response to "Gambar bayi atas siling tandas"

Post a Comment