Tak bayar aku bakar..!

Foto

Kuala Lumpur-Premis menjual kereta import terpakai musnah setelah dibakar oleh kumpulan
kongsi gelap selepas pemilik premis itu enggan membayar wang perlindungan kepada kumpulan
terbabit, kejadian berlaku di Batu 4, Jalan Ipoh,awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2:30 pagi, pekerja premis melihat kelibat dua lelaki mencurahkan
petrol keatas kereta premis itu dan membakar 18 buah kereta pelbagai model hangus terbakar.
dikatakan dua lelaki itu terus membakar kenderaan dan memanjat pagar untuk melarikan diri
sebaik saja kehadiran mereka diketahui, dan pekerja premis itu tidak sempat mengejar suspek
kerana panik dengan api yang sedang memusnahkan kereta-kereta.

Menurut Metro, ini adalah kejadian yang ke 3 dalam setahun yang mana premis ini cuba dibakar
oleh kongsi gelap di kawasan Sentul, pemilik premis enggan membayar wang perlindungan
 rm 10,000 sebulan kepada pihak yang terbabit.

0 Response to "Tak bayar aku bakar..!"

Post a Comment