Sungai Petani- Seorang pengembala lembu di ladang padang Buluh, Sungai Petani telah menemui mayat
seorang lelaki, ia mempercayai ianya mati akibat dibunuh.ketua siasatan dan polis juga telah mengesyaki mangsa meninggal dunia akibat ditembak.hasil pemeriksaan keatas mangsa itu didapati mati menggunakan senjata api,terdapat juga kesan kecedraan dibahagian kepala dan pipi mangsa tersebut.
hasil daripada siasatan mangsa tersebut adalah penduduk yang beralamat di Simpang Empat,Nibong Tebal,Pulau Pinang yang berumur lingkungan usia-20-an.setakat ini pihak polis belum membuat sebarang tangkapan berkaitan kejadian itu.Kes ini disiasat selanjutnya dibawah Seksyen 302 kanun keseksaan dan membawa hukuman mati mandatori bagi sesiapa yang didapati melakukan kes bunuh ini.
Sinar Harian kelmarin, melaporkan seorang pengembala lembu yang sedang menjalankan kerja harian,terkejut menemui mayat seorang lelaki di kawasan ladang kelapa sawit di pedalaman.
0 Response to "Ditembak sehingga mati."
Post a Comment