15 wanita Vietnam ditahan di Rompin.

18/10/2014 10:12pm

KUANTAN - Polis menahan 15 wanita warga Vietnam dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Tanjung Gemok dekat Rompin hari ini.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya berkata, dalam serbuan pukul 1.30 petang itu, polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 30-an dipercayai penjaga premis berkenaan.
Beliau berkata, polis juga mengambil keterangan daripada 11 pelanggan yang berada di premis itu ketika serbuan dilakukan.
Johari berkata, kesemua wanita berusia 30-an itu dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO), kini ditahan reman 14 hari manakala dua lelaki itu ditahan reman tiga hari bermula esok.
Kesemua wanita itu disiasat mengikut Seksyen 39 Peraturan Imigeresen 1963 kerana menyalah guna pas lawatan sosial manakala lelaki terbabit disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/1963 kerana menggaji pekerja asing tanpa permit. - Bernama.

0 Response to "15 wanita Vietnam ditahan di Rompin."

Post a Comment