Kisah Di Stesen Petronas
Seperti tidak terkawal, pelbagai cubaan yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab memecahbelahkan perpaduan di Malaysia. Entah apa yang cuba dibuktikan. Perpaduan dan keharmonian di antara kaum yang terjalin serta terjaga baik cuba dimusnahkan. Sehingga melahirkan anak-anak bangsa yang punyai persepsi negatif terhadap bangsa lain.
Walau bagaimanapun, kami bersyukur kerana bukanlah kesemua rakyat Malaysia bersikap perkauman seperti itu. Masih ada semangat persahabatan dan persaudaraan di antara kita. Salah satunya, seperti yang diceritakan oleh seorang individu di bawah.
______________________________________________________________
Aku seorang melayu, isteri aku seorang india muslim. Aku membonceng motorsikal untuk pergi kerja, nak elak jalan jem. Pagi tu macam biasa aku dan bini bersiap nak pergi kerja.
“Bang, angin motor abang kurang la” kata bini aku.
“Okay, abang berhenti sekejap kat Stesen Petronas”.
Sampai di Petronas, ada dua kereta beratur untuk isi angin. Takkanlah aku nak beratur belakang kereta tu. Nampak macam bodoh jer. So aku berhenti sebelah kereta pertama tu. Lepas kereta pertama tu berlalu pergi, kereta kedua terus melulu ke arah pam angin dengan laju. dia membunyikan hon kuat.
“PONNNNNNNNNNNN!”
Aku perhatikan seorang amoi. dia menurunkan tingkap dia,
“Hello! saya punya turn dulu ok! u wait for me la!”
“Ye ye, saya tahulah!” aku jawab.
Lepas amoi tu isi angin, dia pun terus berlalu pergi. Aku cakap dengan bini aku.
“Tengok tu cina perangai macam mana! Berlagak! Dah la menumpang duduk Malaysia!” aku berkata pada bini.
“Jangan marah cina bang, ada juga yang baik” bini aku menjawab.
Balik kerja pun sama. Tayar pancit. Aku berhenti di stesen minyak. Ada satu kereta sudah sampai dulu, seorang uncle cina. Dia menarik hos pam kemudian menghulurkan pada aku.
“Lu isi dulu la” uncle tu mengarah aku.
“Eh, uncle sampai dulu uncle la isi.” aku cuba menolak.
“Aiya! saya punya kereta 4 tayar ma! lu punya dua saja. Saya tunggu lu sikijap, lu tunggu saya lama nanti!” jawab uncle itu.
“Baik juga uncle cina ni”. bisik hati kecil aku.
Kesimpulan: baik dan buruk bukan terletak pada warna kulit. Ia terletak pada hati. *Gambar hiasan
Sumber
0 Response to "Kisah Di Stesen Petronas"
Post a Comment