ABD Aziz cedera selepas terkena tembakan,Warga emas ditahan bersama senapang

(Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Oktober 2014)

KUALA  PILAH :- Polis   menahan   seorang  warga  emas   berhubung  kejadian  seorang  pemikat  ayam hutan  parah  terkena  tembakan  peluru  sesat  dalam  kejadian  di  Kampung  Tengkek,  dekat  sini,  jam 9 pagi,   kelmarin.
Lelaki  berusia  78 tahun  itu  ditahan  di rumahnya  di Kampung  Kasau,  Tengkek,  jam 4  petang  hari sama   bagi   membantu   siasatan   kes  itu.


Ketua  Polis  Daerah  Kuala  Pilah  Superintendan  Azmi  Abdul  Rahim  dihubungi  berkata,  sejurus maklumat  kejadian  diterima,  pasukan  anggota  Bahagian  Siasatan  Jenayah  (BSJ)  Ibu  Pejabat  Polis Daerah  (IPD)  Kuala  Pilah  mengesan  suspek.


"Polis   turut   merampas   selaras   senapang  patah,  lapan   kotak   peluru   penabur   pelbagai   saiz   dan  model   serta   sepasang   pakaian   yang   dipakai   suspek   ketika   kejadian.
"Atas  faktor  usia,  suspek  dilepaskan  dengan  dijaminan  keluarganya  sejurus  keterangan  lengkap dirakam   pegawai   penyiasat   kes,"  katanya  yang  memaklumkan   kes  disiasat  mengikut  Seksyen  37 Akta    Senjata  1960.



0 Response to " ABD Aziz cedera selepas terkena tembakan,Warga emas ditahan bersama senapang "

Post a Comment