Oct 19,2014
BURGARIA,EROPAH-Seorang ahli arkeologi menjumpai kubur puntianak ketika melakukan aktiviti carigali di sebuah kota lama di selatan Bulgaria.Dakwaan tersebut dibuktikan melalui unsur-unsur upacara menghalau puntianak telah dijalankan ke atas mayat tersebut suatu ketika dahulu.
Ahli arkeologi tersebut,Professor Ovcharov di sebuah kota kuno,Thracian.menurut beliau,kuburtersebut dimiliki oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai''Burgia Indiana Jones''
Rangka tersebut dipercayai milik seorang lelaki berusia 40-50 tahun,dan bahagian bawah kaki kirinya dipisahkan dan diletakkan disamping rangkanya.serta terdapat kayu pacak ditusuk pada bahagian dada rangka tersebut.dipercayai proses yang dijalankan keatas mayai ini adalah untuk menghalau ritual anti-puntianak.
Proffesor Ovacharov yang giat menyingkap misteri peradaban kuno,dikatakan memfokuskan kepada aktiviti cari-gali kubur sejak sebelum Perang Salib.
“Mereka (penduduk kota suatu ketika dahulu) menggunakan kaedah tersebut ke atas orang-orang yang meninggal dunia dalam keadaan dahsyat, seperti membunuh diri.“Dan kaedah tersebut digunakan bagi menghalang mayat tersebut bangkit dari kematian dan melakukan keganasan ke atas yang hidup,” jelasnya.
Kota kuno Thracian ialah sebuah kota lama yang dihuni sejak tahun 5,000 SM namun kota itu hanya ditemui 20 tahun lalu.Di antara penemuan di tapak kota lama ini termasuklah benteng atau kubu pertahanan di benteng puncak bukit, kuil, kubu pertahanan dan kubur yang didakwa menjadi tempat persemadian puntianak.-Sinar harian.
0 Response to "Ahli Arkeologi Jumpa Kubur Puntianak."
Post a Comment