Budak Dibelasah Hingga Mati Kerana Kencing Dalam Seluar.

20 oktober 2014

NEW YORK– Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia dan sungguh menyayat hati selepas dia dibelasah oleh teman lelaki ibunya kerana dia kencing dalam seluar secara tidak sengaja.
Dipercayai kanak-kanak itu di tumbuk dan dicekik  seorang lelaki Kelsey Smith berumur 20 tahun, iaitu teman ibunya. kejadian berlaku semasa lelaki ini menjaga dua kanak-kanak tersebut semasa ibu keluar untuk bekerja.  kanak-kanak tersebut bernama Jeida dan Andrew.
Jeida dikejarkan ke Hospital Wyckoff akibat kecederaan di kepala dan badan kecilnya itu namun kanak-kanak malang itu gagal diselamatkan.Sementara Andrew pula mengalami kesan lebam. Namun dia berada dalam keadaan stabil.Manakala Smith, yang mempunyai rekod jenayah lampau, cuba membunuh diri namun gagal.
Dia juga melarikan diri dari apartmen yang diduduki kekasihnya itu dan berjaya ditangkap di Queens.Dalam pada itu, jiran-jiran memberitahu pasangan itu sering bergaduh sejak dua minggu lalu.-Mynewshub.

0 Response to "Budak Dibelasah Hingga Mati Kerana Kencing Dalam Seluar."

Post a Comment