20 oktober 2014
MEXICO - Seorang lelaki Caim Mortis, 42 tahun merupakan seorang DJ, mempunyai wajah yang hodoh (gambar). Ramai yang mengatakan bahawa dia memakai topeng, tetapi tidak benar..!,maka ITULAH wajah sebenar seorang lelaki yang berasal dari Mexico.
Meskipun wajah dan badannya menggerun serta menyeramkan, namun dia bangga kerana berbeza dengan orang lain.Mortis menghabiskan masa selama 11 tahun untuk mengubahsuai mukanya termasuk mencacah bola mata menjadi hitam, memasukkan implan tanduk dan menindik subang di wajah.
Wajah menyeramkan ini juga menyebabkan Mortis yang berasal dari Colombia, dihalau oleh keluarganya.“Apabila orang memandang saya, mereka akan terkejut.
“Perkara pertama mereka akan tanya ialah sama ada ia menyakitkan atau siapa yang mencacah tatu pada badan saya,’’ katanya.Menurut manusia pelik ini, pengubahsuaian badan yang dilakukannya merupakan sesuatu yang unik dan berbeza berbanding orang lain di dunia ini.
“Pengubahsuaian badan ini telah lama diamalkan dan ia bukan satu fesyen seperti disangka oleh orang ramai selama ini,’’ katanya.
0 Response to "Wajah SERAM Ini Manusia Ke Syaitan ?"
Post a Comment