Melaka: Seorang lelaki berusia 39 tahun melecur hampir 80 peratus selepas terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel dan peralatan di sebuah pencawang milik Tenaga Nasional Berhad di Bachang jam 1 petang tadi. Difahamkan, kejadian disedari orang awam selepas lelaki berkenaan berlari sambil menjerit meminta pertolongan di sebuah warung berhampiran pencawang terbabit. Sementara itu, Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jabatan Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu Low Liang Seong berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 1.16 petang dan seramai sembilan anggota bersama masing-masing satu jentera serta Perkhidmatan Respons Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi. "Ketika sampai jam 1.24 petang, kita dapati mangsa yang badanya melecur 80 peratus terbaring berhampiran sebuah warung yang berada berdekatan dengan pencawang TNB. "Mangsa yang dipercayai terkena renjatan elektrik diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS sebelum dibawa ke Hospital Melaka menggunakan hentera EMRS untuk rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini. |
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Lelaki masuk bilik pencawang elektrik, terbakar."
Post a Comment