20/10/2014
Teruja Jaringkan Gol, Aksi ‘Somersaults’ Undang Maut
AKIBAT terlalu teruja dengan jaringan gol yang dilakukannya,seorang pemain bola sepak muda di India meninggal dunia selepas mengalami kecedraan parah pada tulang belakangnya.
Peter Biaksangzuala 23 tahun dikatakan membuat AKSI LONJAKAN TUNGGANG TERBALIK (somersault) beberapa kali sebelum terjatuh ke belakang lalu kepalanya mendarat ke permukaan padang. pasukannya juga telah meraihkan gol yang dijaringkan olehnya.
Malang sekali ketika Biaksangzuala terlantar kesakitan, rakan sepasukan melonjak pula ke atasnya untuk sama-sama meraikan kejayaan gol itu sebelum menyedari kecederaan teruk dialaminya.yang kemudiannya bergegas mengusung dan mengejarkan ke hospital.
Doktor berusaha untuk membetulkan tulang belakang Peter namun ia meninggal dunia apabila keadaannya bertambah teruk.
Biaksangzuala bagaimana pun meninggal dunia semalam selepas keadaannya bertambah teruk ketika doktor berusaha membetulkan tulang belakangnya.
seorang pegawai bola sepak di wilayah Mizoram memberitahu wartawan, pemain muda itu mendermakan matanya sebelum dia meninggal dunia.“Peter pemain berbakat yang menyimpan harapan besar mahu beraksi dalam liga kebangsaan satu hari nanti,” kenang Hmar. - MYNEWSHUB.CC
0 Response to "Teruja Jaringkan Gol, Aksi ‘Somersaults’ Undang Maut."
Post a Comment